motivasi

jadikan kegagalan hari ini sebagai pelajaran untuk hari esok.



Sunday, May 8, 2011

KEWAJIPAN SEORANG SUAMI

Rasanya seperti tidak layak untuk aku menulis tentang perkara ini, lantaran aku masih hidup sendirian. Entah kenapa hati ini seperti meronta-ronta untuk berkongsi apa yang terpendam di dalam hati ini.........wahai lelaki yang bergelar suami, apa yang ku tulis ini bukan untuk mengajar kerana aku sendiri pun bukannya pandai.....sekadar berkongsi apa yang aku temui......tentang kewajipan seorang suami......

Pertama:
Membayar mahar dengan sempurna.

Kedua:
Memberi nafkah zahir dan bathin. Rasulullah SAW bersabda: "Takutlah kepada Allah dalam memperlakukan wanita, kerana kamu mengambil mereka dengan amanat Allah dan kamu halalkan kemaluan mereka dengan kalimat Allah dan kewajiban kamu adalah memberi nafkah dan pakaian kepada mereka dengan baik."

Ketiga:
Suami wajib memberi perlindungan kepada isterinya. Bermaksud dia haruslah memberi tempat berlindung yang selesa mengikut kemampuan dirinya.

Keempat:
Mempergauli isteri dengan baik.
Allah berfirman, "Dan pergaulilah mereka dengan cara yang baik." (An-Nisa: 19)
Rasulullah SAW bersabda, " Orang mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya; dan sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap isterinya." Riwayat (Tirmidzi)

Jadilah pasangan suami isteri yang sentiasa sayang menyayangi seperti detik pertemuan pertama yang penuh dengan bunga-bunga cinta. Setiap anda yang menempuh alam perkahwinan pasti melalui asam garam kehidupan berumahtangga. Walau apa pun yang terjadi janganlah cepat melatah.

Tanamkan kesabaran yang tinggi demi membina sebuah keluarga bahagia dan cintailah pasangan anda seadanya. Berikan pasangan anda kasih sayang yang yang tidak mungkin dapat diberikan oleh orang lain kepadanya. Layarilah bahtera yang anda bina hingga ke hujung nyawa........

No comments:

Post a Comment