motivasi

jadikan kegagalan hari ini sebagai pelajaran untuk hari esok.



Sunday, May 8, 2011

KEWAJIPAN SEORANG SUAMI

Rasanya seperti tidak layak untuk aku menulis tentang perkara ini, lantaran aku masih hidup sendirian. Entah kenapa hati ini seperti meronta-ronta untuk berkongsi apa yang terpendam di dalam hati ini.........wahai lelaki yang bergelar suami, apa yang ku tulis ini bukan untuk mengajar kerana aku sendiri pun bukannya pandai.....sekadar berkongsi apa yang aku temui......tentang kewajipan seorang suami......

Pertama:
Membayar mahar dengan sempurna.

Kedua:
Memberi nafkah zahir dan bathin. Rasulullah SAW bersabda: "Takutlah kepada Allah dalam memperlakukan wanita, kerana kamu mengambil mereka dengan amanat Allah dan kamu halalkan kemaluan mereka dengan kalimat Allah dan kewajiban kamu adalah memberi nafkah dan pakaian kepada mereka dengan baik."

Ketiga:
Suami wajib memberi perlindungan kepada isterinya. Bermaksud dia haruslah memberi tempat berlindung yang selesa mengikut kemampuan dirinya.

Keempat:
Mempergauli isteri dengan baik.
Allah berfirman, "Dan pergaulilah mereka dengan cara yang baik." (An-Nisa: 19)
Rasulullah SAW bersabda, " Orang mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya; dan sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap isterinya." Riwayat (Tirmidzi)

Jadilah pasangan suami isteri yang sentiasa sayang menyayangi seperti detik pertemuan pertama yang penuh dengan bunga-bunga cinta. Setiap anda yang menempuh alam perkahwinan pasti melalui asam garam kehidupan berumahtangga. Walau apa pun yang terjadi janganlah cepat melatah.

Tanamkan kesabaran yang tinggi demi membina sebuah keluarga bahagia dan cintailah pasangan anda seadanya. Berikan pasangan anda kasih sayang yang yang tidak mungkin dapat diberikan oleh orang lain kepadanya. Layarilah bahtera yang anda bina hingga ke hujung nyawa........

Monday, May 2, 2011

AKU DAN BUNGA

Aku membesar di kelilingi dengan bunga-bunga di taman kecil di hadapan rumah ku. Emak dan bapak aku suka sangat menanam. Bukan saja pokok bunga malah berbagai jenis pokok. Kat kebun, pokok getah, rambutan, durian, mangga, langsat, kuini. Kat depan rumah, sayur-sayuran terung, bendi, kangkung, bayam, kacang panjang. Kat taman depan rumah, bunga janda kaya merah dan putih, orkid jengking, kekwa, dahlia dan entah apa lagi, tak ingat dah.


Bapak aku kreatif orangnya. Orang tanam bunga kekwa dalam pasu, bapak aku tanam dalam plastik baja yang dilipat dua dan ditebuk-tebuk beberapa lubang untuk jalan keluar air. Jimat duit pasu kan.........


Aku teringat satu peristiwa, masa tu aku tingkatan 2. Bapak aku tanam bukan satu atau dua pokok kekwa tapi lebih kurang dua puluh gitu la. Tiga bulan lepas tu rumah aku berseri dengan kekwa berwarna-warni berkembangan. Masa tu aku rasa macam dalam syurga. Hari-hari tak sabar nak bangun pagi nak tengok bunga....oh indahnya.....kalaulah begini selamanya.


satu hari sedang aku duduk berangan kat tangga rumah sambil memerhatikan bunga-bunga yang sedang berkembangan, tiba-tiba aku dikejutkan dengan suara jeritan. Rupa-rupanya wak ......... aku dah tak ingat lagi nama dia, terjatuh dalam parit depan rumah aku bersama dengan basikalnya. Aku malu nak datang menolong. Aku tengok wak tu terkial-kial bangun dari dalam parit tu. Aku hanya bertanya dari jauh je. " Kenapa wak?" Wak tu dengan malu-malu menjawab, " Wak leka tengok bunga ko tadi, sampai masuk parit." Aku rasa lucu sangat tapi tak sampai sampai hati nak ketawa. " Sakit wak?" Aku bertanya lagi, saja nak ambil hati. Wak tu pun menjawab selamba sambil mengayuh basikalnya, "sikit aje." Tapi aku tahu, sesungguhnya dia kesakitan dan ....malu....


" KEINDAHAN PUN BOLEH MENYEBABKAN KEMALANGAN...KAN.......