motivasi

jadikan kegagalan hari ini sebagai pelajaran untuk hari esok.



Tuesday, March 22, 2011

POTENSI DIRI

Saya menulis kali ini bukan bertujuan untuk membangga diri, jauh untuk rasa riak dan takbur, sekadar berkongsi realiti dalam kehidupan saya sehari-hari.

Tugas sebagai guru bukan saja mengajar. Macam-macam keja kena buat. Hanya orang yang dah jadi guru sahaja yang tahu betapa rencamnya tugas seorang guru. Sekejap jadi kerani, sekejap jadi tukang kebun, sekejap jadi interior designer dan macam-macam lagi.....

Dalam setahun ada macam-macam program kat sekolah. Sukan tahunan, Mesyuarat Agung PIBG, Anugerah Cemerlang, Hari Guru dan macam-macam lagi. Berbagai jawatankuasa dibentuk untuk menjayakan majlis-majlis ini. Bermacam-macam tugas pernah saya lakukan ... pengacara, buat buku program, jamuan vip, tapi dalam banyak-banyak tugas tu, ade satu tugas yang saya terima dari sejak saya masuk ke sekolah ini pada tahun 2002. Tugas menghias pentas dewan untuk majlis anugerah cemerlang. Selalunya saya terpaksa juga menghias dewan sekali.

Berdetik dalam hati ini, sampai bila tugas ini mampu saya lakukan sebaiknya kerana diri makin dimamah usia. Rakan-rakan rapat yang telah sebati dan lali dengan cara saya bekerja ada yang mula bersuara, "Mi, kau kena turunkan ilmu kau tu." "Kak Mi, kena cari pelapis untuk teruskan tugas-tugas ni," suara lain kedengaran. Masalahnya di sini apa ilmu yang harus aku turunkan dan kepada siapa. Siapa yang sanggup menjadi pelapis?

Jelas kini apa yang rakan-rakan saya maksudkan. Mereka beranggapan saya ini seorang yang kreatif. Mahir dalam menghias pentas dan selalunya mereka gembira dengan hasil kerja saya. Kreatifkah saya? Mahirkah saya? Saya sendiri tak pasti. Yang pasti setiap kali dapat tugas, saya akan berfikir tak berhenti tentang design dan tema. Berfikir...berfikir...tak berhenti...tak kira tempat...sambil tengok television, sambil memandu, sambil makan, sambil mandi sehingga saya rasa puas hati. Sehingga hari ini, hasil kerja saya nampaknya memuaskan hati semua pihak. Alhamdulillah.

Apa yang hendak saya kongsikan di sini ialah tentang potensi saya melakukan yugas ini. Adakah saya istimewa dan hanya saya yang berpotensi menjalankan tugas ini? Dengan alasan saya seorang yang kreatif......

Setiap insan yang lahir di muka bumi ini mempunyai potensi diri yang tersendiri. Apa yang penting adalah kita percaya dan yakin bahawa kita mempunyai potensi yang hebat dalam diri. Keyakinan inilah yang akan dapat membantu kita membangunkan potensi diri kita menjadi seorang yang hebat dan dapat melakukan apa yang kita inginkan. Kebanyakan dari kita tidak yakin yang mereka mempunyai potensi. Mereka beranggapan bahawa hanya orang tertentu dan istemewa sahaja yang yang memiliki potensi diri yang hebat. INGAT...TANGGAPAN INI ADALAH SALAH.

Bangkitlah, percayalah, yakinlah.....anda semua berpotensi dalam ape jua yang anda fikir BOLEH.

No comments:

Post a Comment